JJ 104 Topic 2
2. ALAT-ALAT TANGAN DALAM KERJA MENGGEGAS
2.1 Alat – Alat Menanda
Pemilihan alat dan cara yang digunakan untuk menanda dan mengukur ditentukan oleh ketepatan yang dikehendaki. Sekiranya ukuran-ukuran dalam lukisan tidak diberi dalam titik perpuluhan, maka bolehlah dianggapkan bahawa penandaannya tidak memerlukan alat-alat yang jitu.
i. Pembaris Keluli
Ø Pembaris keluli diperbuat daripada keluli berkarbon atau keluli tanpa karat dan boleh didapati dalam berbagai-bagai saiz dan senggatan.
Ø Digunakan untuk mengukur jarak lelurus, menguji kerataan permukaan bendakerja dan membuat garisan lurus.
ii. Penggarit
Ø Penggarit diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi dalam berbagai bentuk, dikeraskan dan dibajakan.
Ø Digunakan untuk membuat garisan di atas permukaan bendakerja.iii. Sesiku - L
Ø Sesiku L diperbuat dariapada keluli berkarbon sederhana atau keluli alat dan boleh didapati dalam berbagai saiz.
Ø Digunakan untuk memeriksa kepersegian, kerataan permukaan dan untuk menanda garisan bersudut tepat dengan permukaan yang diberi.
Ø Terdapat 2 jenis penebuk tanda, iaitu :-
a. Penebuk Titik atau Penebuk Cucuk
Penebuk titik diperhuat daripada keluli berkarbon sederhana, huiungnya bersudut 30 dikeraskan dan dibaja. Digunakan untuk membuat tanda pengenalan dan menetapkan tapak garisan supaya tidak hilang.
b. Penebuk Pusat
Penebuk pusat diperbuat daripada keluli berkarbon sederhana, hujungnya bersudut 60 atau 90 dikeraskan dan dibaja. Diqunakan untuk membesarkan titik tandaan sebelum kerja menggerudi dijalankan dan juga digunakan untuk mengembangkan hujung satu cemat atau mengasarkan permukaan sesuatu aci.
v. Sesiku Bergabung
Ø Alat ini mempunyai empat bahagian yang boleh digabungkan menjadi satu dan boleh diceraikan mengikut kegunaan yang diperlukan.
a. Pembaris Keluli
Mempunyai alur ditengahnya supaya tiga alat yang lain
iaitu kepala pusat, kepala sudut dan kepala sesiku boleh diletakkan dan bergerak di keseluruhan panjangnya. Terdapat senggatan-senggatan ukuran padanya untuk membantu mendapat ukuran yang diperlukan.
b. Kepala Sesiku
Mempunyai sudut 90 dan 45 yang boleh dipasang dimana-mana di sepanjang pembaris keluli. Terdapat alat aras spirit padanya dan ia digunakan sebagai sesiku, tolok dalam dan lain-lain.
c. Kepala Jangka Sudut
Pembaris yang dipasangkan padanya boleh dilaraskan kepada sudut yang dikehendaki. Terdapat juga alat aras spirit padanya untuk menguji kerataan dan sudut tepat permukaan.
d. Kepala Pusat
Kepala pusat digunakan untuk mencari pusat selinder.
2.2 TUKUL
vi. Tolok Permukaan / Bongkah PenggaritØ Alat ini mempunyai 5 bahagian utama, iaitu:-a. PenggaritPenggarit diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi, dikeraskan dan dibaja. Mempunyai kedua-dua hujung yang tajam, bahagian yang lurus digunakan untuk menggarit manakala hujung yang bengkok digunakan untuk menguji.b. PengapitPengapit boleh diturunkan dan dinaikkan pada batang dan dikuncikan oleh nat berbunga.c. BatangBatang boleh dicondongkan dalam satu satah dengan melaraskan tuas jumpelangd. Tuas JumpelangTuas jumpelang membolehkan penggarit diselaraskan dengan haluse. TapakTapak diperbuat daripada besi tuang dan di bawah tapak terdapat lurah berbentuk-V untuk diletakkan pada batang yang bulat.
Tukul merupakan satu alat tangan yang digunakan dalam bengkel kejuruteraan. Pada amnya tukul boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu tukul besi dan tukul Lembut
2.2.1 Tukul Besi
Tukul besi digunakan untuk kerja-kerja menggegas dan menanda. Muka dan bongkol kepala tukul di keraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak mudah sumbing dan mengembang apabila ditukul. Bahagian keliling lubang dan leher dibiarkan lembut. Batang tukul diperbuat dari kayu hickory,ash atau spotted gum. Berat tukul besi ialah antara 25kg. hingga 1.5kg. Untuk kerja-kerja am, tukul seberat 0.5kg hingga 1kg digunakan. Tukul yang ringan digunakan untuk kerja-kerja menanda. Menukul boleh dilakukan dengaan kuasa jentera selain dengan cara biasa iaitu dengan tangan.
2.2.1.2 Jenis-Jenis Tukul Besi
i. Tukul Bongkol Bulat
Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan rata digunakan untuk menatal dan membuat kerja am seperti untuk menukul kepala pahat dan alat-alat menanda . Bongkol bulat pula digunakan untuk meribet.
ii. Tukul Bongkol Lurus
Kepala tukul ini searah dengan paksi hulunya. Tukul jenis ini digunakan untuk menukul bahagian-bahagian yang tidak boleh dilakukan oleh tukul kepala bulat.
iii. Tukul Bongkol Tirus
Kepala tukul ini bersudut tepat dengan paksinya. Kegunaannya sama dengan tukul bongkol lurus. Kecuali sudut penggunaan nya berbeza. Tukul ini digunakan jika tukul kepala lurus tidak boleh digunakan.
2.2.2 Tukul Lembut
Tukul lembut digunakan untuk menukul bendakerja yang telah siap supaya permukaan bendakerja itu tidak rosak. Tukul lembut juga terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :-
i. Tukul Bongkol Kulit
Tukul ini digunakan ke atas logam lembut saperti tembaga atau loyang. Ia tidak akan meninggalkan kesan pada bendakerja.
ii. Tukul Bongkol Plastik
Bongkol plastik pada logam yang biasa digunakan dalam bengkel. Tetapi apabila ia digunakan pada logam yang lebih lembut, hendaklah lebih berhati-hati, supaya tidak meninggalkan kesan.
iii. Tukul Bongkol Gangsa
Apabila tukul ini di hentak, ia tidak akan melantun saperti kedua-dua jenis tukul di atas. Hentakan yang kuat boleh dilakukan tetapi haruslah berhati-hati terhadap logam yang dihentak adalah logam lembut. Ia digunakan semasa kerja-kerja pemasangan.
2.2.3 Langkah Keselamatan Semasa Menggunakan Tukul
i. Pastikan bahawa batang pemegang adalah ketat kepada kepala tukul.
ii. Jangan gunakan tukul jika tangan berminyak
iii. Kawasan kerja mestilah lapang , tidak ada apa-apa menghalang kelancaran untuk menukul.
iv. Pastikan bahawa tidak ada sesiapa pun dibelakang semasa menukul.
Gunakan ketukan yang seimbang sekadar dengan keupayaan tenaga sendiri
2.3 PAHAT
Pahat ditempa mengikut saiz dan bentuk yang tertentu sebagaimana kikir pahat juga merupakan alat tangan yang di perbuat dari keluli bermutu tinggi yang dikeraskan dan di baja. Pahat adalah alat tangan yang digunakan untuk memotong, menatal atau membuang logam. Pahat mestilah digunakan dengan tukul biasa atau tukul peumatik.
2.3.1 Sudut Mata Pahat
Apabila hendak memahat sesuatu bahan, sudut-sudut yang berikut perlu diberi perhatian supaya kerja tersebut dapat dilakukan dengan berkesan. Sudut pahat dipegang antara 35% hingga 40%. Jika keluar daripada lingkungan tersebut pemotongan yang tidak sempurna. Sudut pemotongan mata pahat bergantung kepada kekerasan bahan yang hendak dipotong.
Logam
|
Sudut
|
Keluli
|
70%
|
Besi Tuangani
|
60%
|
Keluli Serderhana
|
60%-70%
|
45%-60%
| |
Tembaga
|
45%
|
Aluminium
|
30%
|
Jadual 2.1 : Jadual Sudut Mata Pahat
2.3.2 Jenis-jenis Pahat
Terdapat empat jenis pahat yang biasa digunakan di dalam bengkel kejuruteraan iaitu:
i. Pahat Mata Rata
Pahat ini biasa nya digunakan untuk kerja-kerja am Saiz pahat yang sesuai untuk kerja-kerja am iaitu 25mm lebar dan 200mm panjang sudut mata pahat ini di canai mengikut kekerasan bahan yang hendak dipotong.
ii. Pahat Mata Melintang
Pahat ini digunakan untuk memotong celah yang tidak dapat dipotong dengan pahat rata, memotong alur-alur pada permukaan yang lebar, memotong alur kunci pada shaft dan takal. Pahat ini berukuran lebih kurang 200mm panjang dan 6-12mm lebar.
Pahat ini digunakan untuk memotong alur-alur minyak, membetulkan penjuru bulat pada
lubang yang dalam.
iv. Pahat Mata Bentuk IntanPahat ini digunakan untuk membetulkan lubang-lubang yang telah teranjak pusatnya semasa hendak mengerudi, memotong penjuru yang tajam. Pahat mata bentuk intan ini boleh digunakan untuk memotong kepingan logam.
v. Pahat Berkepala CendawanKepala pahat akan menjadi bercendawan jika ia digunakan selalu. Ini amat merbahaya kerana serpihan dari kepala bercendawan boleh terkena angota badan kita. Oleh itu jika terdapat kepala pahat berbentuk cendawan ianya hendaklah dicanai ke bentuk asal.
2.6.2 2.3.3 Langkah Keselamatan Semasa Memahat
i. Jangan mengunakan pahat berkepala cendawan kerana serpihannya mungkin makan melayang dan mengenai mata.
ii. Jangan memegang pahat dengan tangan yang berminyak. Bersihkan tangan daripada minyak sebelum memegang pahat.
iii. Bendakerja yang hendak dipahat hendaklah dipegang dengan kuat pada ragum.
iv. Jangan gunakan pahat yang telah rosak untuk kerja memahat.
v. Pegang pahat hampir dengan kepalanya dengan kuat apabila mengetuk.
vi. Jangan berdiri dihadapan orang yang sedang menjalankan kerja memahat.
vii. Semasa memahat lihat pada tempat yang hendak dipahat.
2.4 PENGULIR
2.4.1 Pengulir Dalam
Pengulir dalam diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi atau keluli tahan lasak yang dikeraskan dan dibajakan, dua atau empat lurah dipotong secara memanjang untuk mengizinkan tatal keluar dan lelehan pemotong masuk. Dihujung batang dibuat bersegi untuk membolehkan perengkoh memusingkan pengulir semasa mengulir. Pengulir dalam biasanya diperbuat dalam tiga jenis dalam satu set. Untuk pemotongan sebarang saiz. Pengulir dalam disebut tirus, sedang dan pepat atau tirus, kedua dan palam
i. Tirus
mempunyai tirus dari 8 hingga 10 ulir skru dan digunakan pada permulaan mengulir.Pengulir memasuki lubang dan memotong sepenuhnya.
ii. Sedang
mempunyai 2 atau 3 ulir skru yang ditiruskan dan digunakan selepas mengunakan pengulir tirus. Sekiranya lubang tembus pengulir ini tidak perlu digunakan kerana mengunakan pengulir tirus sahaja sudah memadai.
iii. Pepat
mempunyai ulir hingga ke hujung dan pengulir ini hendaklah digunakan sebagai pengulir terakhir apabila ulir skru penuh hendak dipotong hingga ke dasar.
2.4.2 Pengulir Luar
Pengulir luar ialah alat yang digunakan untuk memotong ulir skru luar, di satu permukaan pengulir ditandakan saiz jenis ulir skru dan jarak ulir skrunya. Di permukaan ini juga ulir skru ditiruskan sedikit untuk membolehkan pemotongan ulir skru bermula dengan mudah. Adalah sangat mustahak pengulir dipasangkan ditempat yang betul didalam tonggak agar permukaan yang tirus dapat memulakan proses mengulir. Beberapa jenis pengulir luar iaitu :-
i. Pengulir Luar Padu
Digunakan untuk memotong semula atau membetulkan benang yang rosak. Saiznya tetap dan tidak boleh dilaraskan. Spanar yang sesuai boleh digunakan untuk memusingkan pengulir .
ii. Pengulir Luar Bulat Berbelah Boleh Laras
mempunya tiga skru pelaras yang membolehkan pelarasan dalam benang yang lebih atau kurang daripada dalam benang piawai. Tonggak pengulir di guanakan untuk memusingkan pengulir itu. Biasanya digunakan benang saiz kurang daripada 12mm.
iii. Pengulir Luar Bulat Berbelah Boleh Laras
mempunyai dua keping pengulir untuk tiap-tiap saiz dinomborkan 1 dan 2. Berbagai-bagai pelarasan untuk saiz boleh dibuat . Digunakan untuk memotong ulir skru berdiameter besar.
2.4.3 Langkah-Langkah Mengulir
i. Pilih pengulir dalam dan perengkohnya yang betul untuk kerja yang dibuat. Gunakan pengulir dalam tirus untuk permulaan mengulir.
ii. Masukan pengulir kedalam lubang setegak yang mungkin, tekan perengkuh kebawah dengan daya tekanan sama pada kedua pemegangnya, dan pusingkan mengikut arah pusing jam(untuk ulir skru kanan) lebih kurang dua kali.
iii. Tanggalkan perengkoh dan periksa kepersegian pengulir (90% dengan bahan kerja) pada dua tempat.
iv. Sekiranya tidak tegak tanggalkan perengkoh dan laraskan kembali pengulir itu.
v. Apabila pengulir dalam telah mula memotong dan kepersegiannya telah diperiksa, pusingkan pengulir itu lebih kurang setengah pusingan dan pusingkan balik kebelakang untuk mematahkan tatal.
vi. Teruskan mengulir sehingga siap, gunakan pengulir kedua jika perlu, gunakan lelehan pemotong yang sesuai semasa mengulir iaitu:
Bahan
|
Jenis lelehan
|
Keluli, Kupram, Gangsa
|
Minyak, Minyak Berlarut
|
Aluminium
|
Paraffin, Minyak Berlarut
|
Kering (tidak perlu lelehan)
|
vii. Apabila memotong ulir skru dilubang sekat (buntu), gunakan ketiga-tiga pengulir mengikut turutan, tirus, sedang, dan akhir sekali gunakan pengulir pepat Sebelum menggunakan pengulir pepat, keluarkan semua tatal dari lubang dan berhati-hati apabila pengulir telah menyentuh dasar lubang, jangan di pusingkan lagi.
viii. Berikan perhatian yang lebih apabila mengunakan pengulir yang kecil kerana ia mudah patah.
2.7.4 2.4.4 Sebab-Sebab Pengulir Dalam Patah
i. Tidak mengikut aturan mengunakan pengulir, mestilah menggunakan pengulir tirus terlebih dahulu.
ii. Memaksa pengulir itu masuk dengan memusingkannya secara berterusan, sepatutnya mestilah dipusingkan balik supaya tatal dapat di patahkah.
iii. Menggunakan daya tekanan yang kuat semasa memusingkan pengulir.
iv. Tidak mengunakan lelehan pemotong.
v. Tidak mengeluarkan tatal didalam lubang semasa mengulir lubang sekat.
2.7.5 2.4.5 Saiz Gerudi Pengulir Dalam
i. Saiz gerudi pengulir dalam ialah saiz gerudi yang digunakan untuk membolehkan sebahagian daripada bahan didalam lubang tinggal agar dapat di potong oleh pengulir.Saiz gerudi tersebut mestilah lebih kurang sama dengan garispusat kecil benang .
ii. Garispusat kecil boleh didapati dengan menolakan 2 kali dalam benang dari garispusat besar benang contoh 1.
Saiz gerudi (SG) untuk benang M 20 x 2.5mm
SG = 20-2(0.5413 x 2.5)
= 20-2.71
= 17.29 mm.
Oleh itu , saiz mata gerudi yang dipilih mestilah yang paling hampir besar dengan 17.29mm. Dari segi teori nya, saiz gerudi mestilah sama dengan saiz garispusat kecil benang tersebut tetapi dari segi pratikal nya, pengulir di samping memotong ia juga mengesel puncak benang . Sekira nya saiz lubang gerudi tidak dibesarkan sedikit, maka ini boleh menyebabkan pengulir itu tersepit atau patah. Oleh yang demikian rumusan untuk saiz gerudi pengulir dalam yang mudah di ingati dan yang akan memberikan 92% saiz benang penuh ialah:
SG = Garispusat besar –jarak benang.
Maka itu, saiz gerudi untuk benang M20 x 2.5
SG = 20 – 2.5
= 17.5 mm.
2.7.6 2.4.6Terminologi Ulir Skru
i. Garispusat Besar
ialah garispusat yang paling besar bagi skru atau nat.Garis pusai ini juga di kenali sebagai garispusat luar atau dalam
ii. Garispusat Kecil
ialah garispusat yang paling kecil pada ulir luar atau dalam
iii. Garis Pusat Pic Ulir
ialah garispusat selinder bayangan(tidak dapat dilihat) yang melalui benang pada satu titik dimana lebar benang adalah sama
iv. Jarak Ulir
ialah jarak dari satu titik pada ulir kesatu titik yang sama diulir yang berikutnya, diukur selari dengan paksi
v. Maju Ulir
ialah jarak benang sekeru itu maju kehadapan pada paksinya dalam satu pusingan. Pada benang satu punca majunya adalah sama dengan jaraknya benang. Pada benang dua punca majunya adalah dua kali jarak benang. Pada benang tiga punca, majunya adalah tiga kali jarak benang
vi. Dasar Ulir
ialah permukaan bawah hasil sambungan dua sisi benang bersebelahan
vii. Puncak Ulir
ialah permukaan atas hasil sambungan dua sisi benang bersebelahan
viii. Rusuk
ialah permukaan benang tempat sambungan puncak.
ix. Sudut Benang
ialah sudut yang terkandung diantara rusuk benang diukur pada paksinya
x. Dalam Benang
ialah jarak antara puncak dan dasar diukur seranjang dengan paksi
xi. Sudut Heliks
ialah sudut yang diterbitkan oleh benang dengan satu satah yang bersudut tegak dengan paksi benang
No comments:
Post a Comment