JJ 104 Topic 4


BAB 4  : MESIN GERUDI

4.1              Mata Gerudi dan Mesin Gerudi
-          Bahagian utama dan fungsi gerudi pintal.
-          Cara menentukan saiz gerudi.
-          Bahan membuat gerudi.
-          Kaedah menanda sebelum menggerudi.
-          Cara memasang mata gerudi dan benda kerja sebelum menggerudi.
-          Perbezaaan jenis mata gerudi (gerudi pusat, gerudi lurah lurus, gerudi lubang senggat, gerudi hujung rata).
-          Cara mencanai dan mengasah sebatang gerudi pintal.
-          Kesan pada lubang jika mata gerudi tidak dicanai dengan betul.
-          Nama bahagian-bahagian mesin gerudi.
-          Pengiraan kelajuan pusingan pengumpar (PPM), kadar suapan dan faktor pemilihan kelajuan pemotongan.
-          Jenis-jenis penyejuk, fungsi dan kegunaannya.
-          Langkah menjaga mata gerudi dan mesin gerudi.

 4.1              Cara Memegang Benda Kerja Dan Menggerudi
-          Mengapa benda kerja perlu dipegang dengan kemas semasa proses menggerudi.
-          Jenis pemegang benda kerja pada mesin gerudi (ragum mesin, ragum tukang alat, bungkah V dan lain-lain).
-          Kaedah menggerudi lubang besar.
-          Kepentingan menggerudi pusat dan menggerudi lubang pandu.
-          Contoh ‘jigs’.
-          Kegunaan jigs pada mesin gerudi.
-          Langkah yang perlu diberi perhatian semasa menggerudi.


BAB 4  : MESIN GERUDI

4.1              Takrif Gerudi
-          Alat yang digunakan untuk membuat lubang di atas permukaan logam.

4.2              Jenis-Jenis Mata Gerudi
1.      Gerudi pintal
-          digunakan untuk kerja-kerja am

2.      Gerudi lurah lurus
-          untuk menggerudi bahan lembut seperti loyang, tembaga dan aluminium  terutamanya pada bahan nipis.

3.      Gerudi rata
4.      Gerudi benam
-          untuk menghasilkan lubang benam supaya skru benam atau rivet boleh di pasang.
-          untuk membersihkan bebibir lubang

5.      Gerudi pusat
-          untuk kerja pemusatan samada pada mesin pelarik atau gerudi

6.      Gerudi melubang senggat
-          untuk membuat lubang senggat rata bagi menempatkan kepala skru Allen
-          untuk melicinkan permukaan bintik
-          untuk menyediakan tempat kedudukan nat, kepala pasak atau lengkangnya

4.3              Kendalian Kerja/Kegunaan/Operasi Mesin Gerudi:
1.      Menggerudi lubang
2.      Melubang benam
3.      Melubang senggat dan meratakan permukaan bintik
4.      Melulas
5.      Membenang dalam
6.      Menggerek lubang


4.4              Jenis-Jenis Mesin Gerudi
1.      Mesin Gerudi Tekan (sensitif)
2.      Mesin Gerudi Tiang
3.      Mesin Gerudi Jejarian (radial)
4.      Mesin Gerudi Mudah Alih
5.      Mesin Gerudi Kerja Khas


4.2.1    Mesin Gerudi Tekan
·         Juga dinamakan mesin gerudi sensitif kerana hantarannya dibuat dengan tangan dimana gerakan pemotongan oleh mata gerudi ditentukan dengan “merasa”
·         Terdiri daripada dua jenis:
1.      Jenis Meja
-mempunyai turus yang pendek dan dipasang diatas meja

2.      Jenis Lantai
- mempunyai uurus yang panjang dan dipasang terus di atas lantai, tapak yang besar dan berat supaya stabil kedudukannya.

·         Sesuai untuk saiz gerudi yang bersaiz kecil iaitu sehingga 13 mm sahaja.

4.2.2    Mesin Gerudi Tiang
·         Boleh memegang mata gerudi yang bersaiz besar berbanding mesin gerudi tekan.
·         Boleh digunakan untuk kerja-kerja kerana tapaknya besar dan stabil kedudukannya.
·         Aspek yang membezakannya dengan mesin gerudi sensitif adalah pada pesawat-pesawat pembolehubah dan hantaran kuasa yang berautomatik
·         Setengah-setengah mesin gerudi tiang tidak menggunakan takal dan tali sawat sebaliknya gear




4.2.3    Mesin Gerudi Jejarian (Radial)
·         Sesuai digunakan untuk menggerudi lubang pada komponen yang besar kerana mempunyai kemudahan seperti spindalnya boleh bergerak ke luar dan ke dalam.
·         Kebaikan:
i.        Boleh menggerudi lubang yang besar
ii.      Mejanya besar dan turusnya lebih tinggi
iii.    Pemilihan kelajuan lebih luas
iv.    Tegap dan tidak bergegar


4.2.4    Mesin Gerudi Mudah Alih
·         Mudah dibawa
·         Digunakan untuk menggerudi lubang yang kecil
·         Dikendalikan dengan kuasa elektrik
·         Terdapat dua jenis:
1.      Jenis Pistol
-          sesuai untuk kerja-kerja ringanringan dan boleh dipegang dengan sebelah tangan

2.      Jenis kerja berat
-          lebih berat dan terpaksa dipegang dengan kedua-dua belah tangan
-          terdapat dalam dua kendalian iaitu kuasa angin dan elektrik.


4.2.5    Mesin Gerudi Khas
·         Digunakan dalam kerja-kerja pengeluaran khusus untuk pelbagai kegunaan
·         Terdapat empat jenis mesin gerudi khas iaitu:

Mesin Gerudi Berbilang Spindal
-          mempunyai spindal dari 4 hingga 48
-          dikawal secara automatic
-          digunakan dalam industri automatif untuk menggerudi blok  enjin]

Mesin Gerudi Regu
-          dilengkapkan lebih drp. Satu kepala gerudi tetapi mempunyai cuma satu meja sahaja
-          digunakan apabila pelbagai jenis kerja perlu dilakukan pada satu bahan kerja tunggal
-          Contoh: menggerudi, melulas dan membenang.

Mesin Gerudi Turret
-          mempunyai enam atau lebih spindal
-          boleh dipasang dengan enam atau lebih alat mengikut susunan kerja yang hendak dilakukan seperti menggerudi, melubang senggat, melulas, menggerek, membenang dalam, dsb

Mesin Gerudi Kawalan Berangka Berkomputer


4.3       Jenis-Jenis Pemegang Bendakerja


1.      Ragum Mesin Biasa
-          sesuai untuk mengapit benda kerja yang bersegi dan kecil
-          bilah selari perlu diletakkan dibahagian bawah benda kerja sebagai pengalas bagi mendapatkan ketepatan lubang yang digerudi.

2.      Ragum mesin gerudi
-          sesuai untuk mengapit benda kerja yang kecil dan berbentuk bulat.
-          terdapat tangga-tangga dan lurah V menegak dan mendatar pada permukaan dalam ragum yang digunakan untuk mencengkam bahan yang nipis dan bulat.

3.      Pengapit G
-          digunakan untuk mengikat terus bendak kerja pada permukaan meja mesin gerudi.

4.      Bongkah V
-          digunakan untuk memegang benda kerja berbentuk bulat atau berbentuk silinder.

5.      Plat pencengkam
-          terdiri daripada pelbagai bentuk.
-          diikat selari dengan meja mesinoleh bolt dan nat.

6.      Jigs
-          digunakan untuk mencengkam bahan kerja dengan kuat dan selamat agar lubang yang digerudi tepat dan betul pada tempatnya
-          tujuan penggunaan jigs:
i.        Untuk memendekkan masa yang digunakan untuk memasang benda kerja.
ii.      Menjadikan proses pembuatan lebih ekonomi dan mudah
iii.    Mengurangkan kemalangan semasa bekerja
iv.    Memanjangkan hayat mesin dan alat


4.4       Kaedah Pemasangan Mata Gerudi Dan Benda Kerja Sebelum Proses

Penggerudian

·         Mata gerudi hendaklah dipasang dengan betul bagi membolehkan ia berputar sepusat.
·         Gerudi berbatang lurus dipegang di dalam cuk, sementara gerudi berbatang tirus dipasang terus pada spindal atau menggunakan liang sendi dan soket.


4.5       Langkah-Langkah Menanda Sebelum Menggerudi Lubang Yang Besar

1.      Tandakan pusat lubang dengan penebuk pusat
2.      Buat dua bulatan, satu daripadanya mengikut saiz lubang dan satu lagi keci sedikit. Tujuannya ialah supaya pemotongan yang dibuat oleh mata gerudi dapat dilihat dengan mudah.
3.      Tebuk pusat lubang dengan penebuk pusat.
4.      Hidupkan mesin dan pastikan mata gerudi betul-betul di atas pusat lubang.
5.      Periksa sama ada gerudi berputar sepusat atau tidak sepusat. Cara mengujinya adalah dengan melihat kesan mata gerudi pada benda kerja.
6.      Sekiranya pemotongan terkeluar dari pusat lubang, maka pusat lubang hendaklah diperbetulkan dengan cara membuat satu lurah atau alur dengan menggunakan pahat mata bulat


4.6       Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Menggerudi

1.      Jangan cuba memberhentikan mesin gerudi dengan tangan ketika mesin itu sedang berputar
2.      Jangan pakai pakaian yang longgar yang berkemungkinan tersangkut pada benda yang berputar
3.      Pakai gogel semasa menjalankan proses menggerudi
4.      Bersihkan serpihan-serpihan logam atau tatal dengan berus dan tida sekali-kali dengan tangan
5.      Kunci cuk hendaklah dikeluarkan dari cuk sebaik sahaja selesai digunakan.
6.      Gunakan kelajuan pemotongan dan kadar suapan yang sesuai
7.      Gunakan bendalir pemotong yang sesuai semasa menggerudi
8.      Jangan menggerudi kepingan yang kecil dengan memegangnya dengan tangan


4.7       Kelajuan Pemotongan
·         Kelajuan pemotongan ialah panjang ukuran lilitan mata gerudi (meter) yang dikira apabila ia berputar dalam masa satu minit
·         Parameter yang perlu diketahui bagi menghitung kelajuan spindal:
1.      Kelajuan memotong bahan
2.      Diameter mata gerudi


Formula : Untuk Menghitung Kelajuan Spindal (Putaran Per Minit)

            Kelajuan Spindal (PPM)         =          Kelajuan memotong (meter/min)
p        x  Diameter gerudi (mm)

  =        KP x 1000
                                                                              pD




Contoh 1 :
Hitung kelajuan spindal yang sesuai untuk menggerudi lubang yang berdiameter 15mm di atas sekeping keluli lembut dengan menggunakan gerudi tahan lasak. Kelajuan memotong yang digunakan ialah 30 m/min.

Penyelesaian :

Kelajuan Spindal (PPM)         =          KP x 1000
                                                                                          pD
                                                                       
=          30 x 1000
                                                                                    3.142 x 15

                                                                        =          636

Contoh 2 :
Hitungkan kelajuan spindal yang sesuai untuk menggerudi satu lubang berdiameter 0.035m dengan menggunakan mata gerudi jenis keluli tahan lasak pada plat keluli lembut dengan kelajuan pemotongan 25 m/min.

Penyelesaian :

                        Kelajuan Spindal (PPM)         =          KP x 1000
                                                                                          pD
                                                                       
=          ____25____     
                                                                                    3.142 x 0.035

                                                                        =          227.3

4.8       Kadar Suapan (Hantaran)
·         Kadar Suapan (Hantaran) ialah panjang juluran mata gerudi masuk kedalam benda kerja pada setiap satu putaran penuh spindal.
·         Kadar Suapan adalah penting bagi menentukan hayat mata gerudi kerana jika terlalu laju, tepi pemotong akan pecah, manakala jika terlalu perlahan, hujung mata bergesel dan cepat menjadi panas dan haus.


Formula : Untuk Menghitung Anggaran Masa Menggerudi

Anggaran masa menggerudi   =          ____P____
                                                                          H x PPM

            Dimana,
PPM    =          Putaran Per Minit
                             H    =          Hantaran pemotong mata gerudi dalam mm/putaran
      P    =          Panjang juluran mata gerudi
                                    =          Dalam lubang  +  Panjang hujung matalat
                                    =          d  +  (0.3 x D)
                                                dimana. D – Diameter gerudi (mm)
                                                              d – Dalam lubang (mm)

Contoh 3 :
Kira masa yang diambil untuk menggerudi satu lubang yang berdiameter 15mm dan kedalaman 52mm dengan kadar suapan 0.2 mm/putaran dan kelajuan spindal 320PPM.

Penyelesaian :
Anggaran masa menggerudi   =          ____P____
                                                                                      H x PPM

                                                                        =          52 + (0.3 x 15)
                                                                                        0.23 x 320

                                                                        =          0.77 minit
                                                                        =          46 saat

4.9       Faktor-Faktor Pemilihan Kadar Suapan (Hantaran) dan Kelajuan Pemotongan

1.      Jenis dan keadaan mesin
2.      Ketepatan dan penyudahan kerja
3.      Kuat dan tegapnya benda kerja yang dipasang dalam mesin
4.      Jenis bahan
5.      Bahan mata gerudi
6.      Penggunaan bendalir pemotong
7.       

Bahan yang digerudi

Laju Pemotongan (m/min)
Keluli Lembut
25
Keluli Berkarbon Tinggi
10
Besi Tuang
15
Keluli Tahan Karat
20
Loyang
50
Kuprum
55
Gangsa
20
Aloi Aluminium
60
Plastik
30



No comments:

Post a Comment